Sunday, December 18, 2011

London Chess Classic 2012

Pertandingan Round-Robin ini baru sahaja melabuhkan tirainya pada 12 Disember yang lalu. Seramai 9 GM menyertainya dan pemenangnya pun sudah diketahui, iaitu GM Vladimir Kramnik. Namun, terdapat sesuatu yang menarik dalam pertandingan ini apabila GM dari US, Hikaru Nakamura berjaya mendapat tempat kedua di hadapan beberapa GM terkemuka yang lain termasuklah Anand dan Carlsen.

Nakamura memiliki semangat tidak mudah mengalah dan kelebihannya terletak pada skill menyerangnya dalam fasa middle game . Dalam pusingan terakhir, beliau yang bermain putih bertemu dengan Michael Adam, pemain tuan rumah.



Hikaru Nakamura, 2758 vs Michael Adam, 2734 (Pusingan 9)

Selepas 32...Bf3


Dalam kedudukan berikut, selepas gerakan 32...Bf3, Nakamura mengakui bahawa amat sukar untuk bermain dalam kedudukan ini dan beliau berada dalam ambang kekalahan. Kedudukan Bishop hitam di petak f3 amat kuat dan amat sukar bagi putih untuk bertahan, ditambah dengan passed pawn hitam di petak b4. King putih kini berada dalam mating net!

Permainan diteruskan dengan 33.Kg1 Rc8 34.c6 Rb5.
Selepas 34...Rb5

Dalam kedudukan ini, Hitam sudah bersedia untuk menggunakan Bishopnya untuk melakukan Check di petak c5. Hitam memiliki sepasang Bishop yang sangat merbahaya!
Permainan bersambung: 35.Nf4 Bc5+ 36.Be3 Bxe3+?
Selepas 36.Be3

Dalam kedudukan inilah Michael Adam telah melakukan kesilapan. Semasa menganalisis kedudukan ini kemudiannya, kedua-dua pemain bersetuju bahawa hitam sepatutnya bermain 36...Qb6 untuk terus mengekalkan tekanan ke atas King putih. Sekiranya 37.Bxc5 Rxc5 38.Qd4, dan 38...R5xc6! ialah gerakan yang gagal difikirkan oleh Michael Adam semasa perlawanan berlangsung. 

37.Rxe3 Qb6 38.Rfe1
Sekarang kedudukan putih sudah semakin stabil kerana hitam tidak lagi memiliki sepasang Bishop yang merbahaya, bahkan putih sudah mula merancang untuk melancarkan serangan balas di back rank.

Selepas 38...b3

38...b3??
Gerakan ini telah memberikan ruang untuk Queen putih menyerang pawn f6. Pawn ini sepatutnya tidak digerakkan untuk terus mengawal petak c3. Sekiranya 38...Rc5?? 39.Re8+ Rxe8 40.Rxe8+ Kg7 41.Ne6+ Kf7 42.Nxc5 Kxe8 dan sekarang 43.d6! Lebih baik untuk hitam bermain 38...Ra5 untuk mengaktifkan Rook menggunakan a-file.

39.Qc3!
Hitam menghadapi masalah untuk mempertahankan pawn f6. Putih sedang mengancam untuk melakukan serangan mate. Sekiranya 39...Kg7 40.Nh5+! Kh6 41.Qxf6+! sacrifice Knight untuk terus mengekalkan ancaman mate.

39...Rf8 40.Ne6 b2 41.c7! 1-0
Sekarang putih pula yang memasang mating net! Sekiranya 41...b1=Q 42.Qxf6+! Rxf6 43.c8=Q+ dan akan checkmate dalam beberapa pergerakan.

Selepas 41.c7

No comments:

Post a Comment