Monday, February 13, 2012

Kisah "Bad" Bishop....

"...Each of us has our own personality, our preferences, our set of strengths and weaknesses, and what is perfect for one player may be completely inappropriate for another..." - Mark Dvoretsky
Photo from www.chess-players.org

Adakah anda pernah mendengar nama Mark Dvoretsky? Beliau merupakan antara coach terbaik di dunia dan telah melahirkan beberapa bintang juara dunia Junior (Junior World Champions). Beliau turut terkenal sebagai antara coach yang mampu membimbing pemain dengan rating 2200 sehingga ke tahap GM.

Ketika membaca tulisan Mark Dvoretsky tentang faktor kedudukan Bishop di www.chesscafe.com, beliau turut membincangkan tentang "kelebihan" bad Bishop. Sebelum ini, "bad" bishop hanya terkenal sebagai Bishop yang bermasalah, namun ada pengecualiannya. Perhatikan kedudukan di bawah : 

Ivanchuk - Anand, Linares 1992



Kedua-dua pemain mempunyai sepasang Bishop, namun Bishop hitam di petak e7 amat terhad pergerakannya kerana dihalang oleh pawnnya sendiri. Oleh itu, Hitam mempunyai "Bad" Bishop. Putih pula mempunyai sepasang Bishop yang sangat aktif. Kebiasaannya, apabila memiliki "Bad" Bishop, hitam akan cuba menukar Bishop ini dengan piece lawan dan cuba untuk sentiasa menjaga Bishopnya yang aktif di petak e6 daripada dimatikan.

Apakah perancangan Hitam untuk meneruskan pertarungan sengit ini?

20... Bc4!
Satu gerakan yang bertentangan dengan kefahaman yang dimiliki oleh pemain biasa! Hitam cuba untuk mengekalkan "initiative" dan mengelakkan putih daripada membina fortress dengan bermain h3 dan Rg3 di Kingside. Hitam cukup yakin bahawa dia mampu menggunakan kekuatan central pawn untuk mendapat kelebihan dalam fasa ending berbanding pawn Kingside putih.

GM Mihai Suba menyebut : Sometimes "a bad bishop defends good pawns" and so it is a valuable piece that the stronger side has to exchange off in order to penetrate the opponent's defense.

21. b3 Bxf1 22. Rxf1 Rh3!
Selepas 22...Rh3

Dalam kedudukan ini, hitam telah melakukan banyak kesilapan : memiliki double f-pawn, membiarkan putih memiliki outside passed pawn di h-file dan menukar "good" Bishop... namun hitam memiliki initiative!

Permainan hitam sebenarnya bergantung kepada 2 perancangan : 
1) menukar d-pawn dengan pawn e4 putih dan menukar pawn f6 dengan pawn g5 putih, samaada dengan bermain ...f5 ataupun memaksa putih bermain g5. Apabila ini telah berlaku, hitam akan memiliki 2 connected passed pawn iaitu di e & f-file sementara passed pawn putih di petak h2 tidak mampu bergerak ke mana-mana.
2) Selagi mana Rook di h3 berjaya mengganggu keharmonian pawn h2 dan g4, hitam akan memiliki kelebihan. Rook di h3 tidak dapat dihalau oleh Bishop putih kerana ia telah ditukar. Rook ini akan menjadi pengacau kepada Kingside putih. 

23.Re2 Kd7 (Mengancam ...Rbh8) 24.g5 Ke6 25.gxf6 Bxf6 (sebahagian perancangan 1 telah terlaksana)

Selepas 25...Bf6

26.Bd2 Be7 27.Be1 f6 28.Bg3 d5!  
Sekiranya hitam bermain perlahan dengan 28...Rd8, putih akan membalas dengan 29.c4! untuk menghalang pawn-d hitam dari ditukarkan dengan pawn e4.

29.exd5+ Kxd5 (Pelaksanaan sepenuhnya pelan 1)

Selepas 29...Kxd5

Hitam telah berjaya melaksanakan misinya, dan sekarang Bishop e7 merupakan "bad" bishop yang banyak membantu serangan hitam. Hitam menang pada gerakan yang ke-45 apabila putih terpaksa mengorbankan Rooknya untuk ditukar dengan "bad" Bishop bagi mengelakkan daripada checkmate!

0-1

No comments:

Post a Comment