Thursday, February 23, 2012

Masa Anda Sudah Tamat...

Quah Seng Sun (http://datmo2011.blogspot.com/2011_08_01_archive.html)

Baru-baru ini, dalam ruangan "Arbiter's Notebook" oleh Geurt Gjissen, saya tertarik dengan satu soalan yang ditanyakan oleh seorang IA dari Pulau Pinang, Malaysia (!). Beliau juga merupakan seorang kolumnis tetap kepada 1 ruangan catur dalam suratkhabar The Star pada setiap hari Jumaat. Beliau yang saya maksudkan ialah IA Quah Seng Sun.

Beliau telah mengemukakan 1 situasi sebenar yang berlaku dalam satu kejohanan catur di negara kita. Berikut ialah soalan beliau : 

Situation 1 There was a team match using a 90-minutes time control (play to finish). In one of the games, both players were very short of time and they were blitzing. Player A's flag dropped and two or three seconds later, Player B noticed it. But as he was about to stop his clock, his own flag dropped. The arbiter saw everything and gave the win to Player B. How correct was this, and would the decision be any difference if no arbiter was present?


(Situasi 1 : Terdapat satu kejohanan berpasukan menggunakan kawalan masa 90 minit seorang pemain sehingga tamat permainan. Dalam satu perlawanan, kedua-dua pemain A & B kekurangan masa. Akhirnya pemain A telah kehabisan masa dan 2 - 3 saat kemudian, pemain B perasan bahawa masa pemain A telah tamat dan malangnya masa dia turut tamat ketika dia ingin memberhentikan jamnya untuk claim menang masa. Arbiter melihat segala yang berlaku dalam situasi ini dan menganugerahkan kemenangan kepada pemain B.)

Adakah keputusan ini tepat, dan adakah berbeza sekiranya tiada arbiter yang berada dan melihat situasi ini?

Jawapan oleh Geurt Gjissen : 

Situation 1: A 'game in 90' time control means the game is not a rapid game, but is conducted under the "normal" Laws of Chess. The provisions of Article 10: (Quickplay Finish) must be applied. Article 10.1 states that a 'quickplay finish' is the last phase of a game, when all the remaining moves must be made in a limited time. And, such is the case in 90-minutes games. 

What the arbiter has to do when a flag falls is described in several Articles:
Article 6.8: A flag is considered to have fallen when the arbiter observes the fact or when a valid claim to that effect has been made by either player.

In light of the above, it is clear that the arbiter was right when he gave the win to Player B. But what would have happened, if the arbiter had not seen Player A's flag fall but Player B's flag had also dropped?
Article 6.11 states: If both flags have fallen and it is impossible to establish which flag fell first, the game shall continue.

But this is impossible in a 90-minutes game. Now we will look to Article 10.4, the Quickplay finish. It states: If both flags have fallen and it is impossible to establish which flag fell first the game is drawn.

By the way, if in such games DGT clocks are used - and this is not an endorsement of DGT clocks – there are no problems, because the DGT clock indicates clearly which flag fell first. One final remark: the arbiter has no discretion in rapid and blitz games. If both flags are down, the game is a draw, even when the arbiter observed which flag fell first.

Kesimpulan ringkas dari saya :

1) Perlawanan ini tidak melibatkan undang-undang khas "rapid game" (rujuk FIDE laws of Chess, appendix A). Ia dikategorikan sebagai Normal game / long time control.

2) Dalam kawalan masa panjang, apabila masa tamat, hanya Arbiter dan pemain yang sedang bermain sahaja berhak untuk claim tentang masa yang sudah tamat. Penonton / ibu bapa / jurulatih tidak boleh membantu untuk memberitahu kepada pemain (Rujuk artikel 6.8).

3) Dalam kes di atas, keputusan arbiter adalah tepat untuk memberi kemenangan kepada pemain B meskipun pemain B sudah kehabisan masa ketika dia berusaha untuk claim. Ini kerana arbiter sudah terlebih dahulu melihat (observes, refer article 6.8) bahawa masa pemain A telah habis terlebih dahulu.

4) Sekiranya arbiter tiada di tempat kejadian, dan ketika pemain B claim untuk menang masa, masa pemain B turut tamat, kes ini akan dirujuk kepada article 6.11 (b) iaitu sekiranya kedua-dua masa pemain tamat dalam fasa quickplay dan adalah mustahil (impossible) untuk menentukan masa siapakah yang tamat dahulu, maka keputusannya ialah seri (the game is drawn).  Akan tetapi, sekiranya menggunakan jam digital, maka arbiter boleh mengesan masa siapakah yang tamat dahulu dan dia akan dianggap kalah.

5) Dalam kawalan masa rapid dan blitz, sekiranya kedua-dua masa pemain habis, keputusannya ialah seri (draw) meskipun arbiter dapat melihat masa siapakah yang habis dahulu (rujuk appendix A.4, situasi arbiter yang tidak mencukupi untuk mengawal seluruh perlawanan). Arbiter tidak boleh memberi isyarat  / memberitahu tentang masa pemain A telah tamat, melainkan setelah masa kedua-dua pemain tamat dan memberi keputusan seri (draw). Nisbah arbiter yang mencukupi dalam acara Rapid ialah 1 arbiter bagi 3 perlawanan dan dalam acara Blitz ialah 1 arbiter bagi 1 perlawanan!).

No comments:

Post a Comment