Saturday, June 30, 2012

Demam Euro 2012: Italian Game vs Spanish "Torture"

Selepas 1.e4 e5 2.Nf3 Nc6, sebagai pemain putih, adakah anda lebih suka bermain 3.Bc4 ataupun 3.Bb5? 

3.Bc4 menjurus kepada "Giuoco Piano" ataupun "Italian Game", sementara 3.Bb5 akan menjadi "Ruy Lopez" ataupun "Spanish". 

Yang manakah pilihan saya? A) Bermain 3.Bc4 atau B) Bermain 3.Bb5

A) Bermain 3.Bc4 (Italian Game)

Galleria, Milan, yang klasik... sepertimana pertembungan El Clasico Italy-Spain Euro 2012 

Monday, June 25, 2012

Kejohanan Catur Terbuka Datuk Bandar Ipoh

Fong Yit Ho sedang menerima hadiah dari Datuk Bandar Ipoh
Semalam, 24 Jun 2012, saya telah dijemput untuk menjadi arbiter di Kejohanan Catur Terbuka Datuk Bandar Ipoh. Kejohanan yang berlangsung di Town Hall Ipoh yang terletak bersebelahan dengan Masjid Negeri Ipoh telah menerima lebih kurang 160 penyertaan. Terdapat 3 kategori yang dipertandingkan iaitu Terbuka, Bawah 16 dan Bawah 12. Kejohanan ini merupakan kejohanan "National Rated Event" dan telah berjalan dengan lancar. Pendaftaran dan pembayaran yuran kejohanan telah dilakukan dengan lebih awal untuk mengelak sebarang masalah pada hari kejohanan. Johan bagi kategori terbuka menjadi milik Fong Yit Ho. Keputusan keseluruhan kejohanan boleh didapati di sini.


Berikut dikongsikan beberapa keping gambar yang sempat diambil semasa kejohanan berlangsung. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Datuk Bandar Ipoh atas sumbangan hadiah, begitu juga kepada Persatuan Catur Daerah Kinta, Classical Chess, Arbiter dan pembantu-pembantu dan seterusnya seluruh pemain, ibubapa dan guru pengiring yang terlibat menjayakan kejohanan ini. Insya Allah tahun hadapan bertemu lagi...

Sunday, June 10, 2012

Romantic Chess...

Teringat tentang Venice yang baru saya kunjungi pada April lalu kerana membentang kertas kerja di International Conference on Social Sciences 2012. Kepulauan Venice yang dipenuhi dengan suasana romantik, haruman jambangan bunga, kesegaran udara lautan Mediterranean yang dinginnya masih mencubit kulit, sebagai tanda sudah berakhirnya musim sejuk dan bermulanya musim bunga. Indahnya!
Udara Venice yang masih dingin meskipun matahari sudah agak terik memancar...