Saturday, June 30, 2012

Demam Euro 2012: Italian Game vs Spanish "Torture"

Selepas 1.e4 e5 2.Nf3 Nc6, sebagai pemain putih, adakah anda lebih suka bermain 3.Bc4 ataupun 3.Bb5? 

3.Bc4 menjurus kepada "Giuoco Piano" ataupun "Italian Game", sementara 3.Bb5 akan menjadi "Ruy Lopez" ataupun "Spanish". 

Yang manakah pilihan saya? A) Bermain 3.Bc4 atau B) Bermain 3.Bb5

A) Bermain 3.Bc4 (Italian Game)

Galleria, Milan, yang klasik... sepertimana pertembungan El Clasico Italy-Spain Euro 2012 

Sekiranya bermain 3.Bc4, idea permainan lebih menjurus kepada serangan putih di petak f7. Putih akan melambatkan gerakan pawn ke petak d4 sehinggalah ia disokong oleh pawn c3. Jadi, putih akan cuba mengekalkan kedudukan pawn di petak d4 dan e4, satu kombinasi centre pawn yang amat digeruni oleh hitam.

Apakah akan terjadi sekiranya hitam tidak menghalang kedudukan pawn d4 dan e4 ini? 

Pawn d4 dan e4 ini akan menjadi seperti steamroller (Super Mario Balotelli) yang akan memusnahkan pertahanan hitam. Contohnya:  1.e4 e5 2.Nf3 Nc6 3.Bc4 Bc5 4.c3 Nf6 5.d4 cxd4 6.cxd4 Bb6? Kesilapan yang mesti dihukum oleh putih! 
Selepas 6...Bc5-b6?

7.d5! (Membelah pertahanan hitam) 7...Nb8 8.e5! Ng8 9.O-O Ne7 10.d6 Ng6 11.Ng5 O-O 12.Qh5 
Selepas 12.Qd1-h5
dan hitam terpaksa menyerahkan Knight atau Queen untuk mengelak dari check mate di petak h7!

B) Bermain 3.Bb5

Sekiranya saya bermain 3.Bb5, idea gerakan ini lebih menjurus kepada serangan di petak tengah terutamanya pawn e5. Oleh kerana pawn e5 dilindungi oleh Nc6, putih mengambil peluang untuk menyerang Nc6 bagi menghilangkan pelindung pawn e5. Keseluruhan permainan berkisar tentang centre. Tidak hairanlah sekiranya permainan bola sepak Sepanyol juga lebih menekan pemain centre-forward (Cesc Fabregas?) untuk menguasai permainan.

Antara sebab mengapa ramai GM memilih 3.Bb5 berbanding 3.Bc4 ialah kerana gerakan susulan yang dilakukan oleh putih selepas ini akan menjurus kepada kedudukan yang ideal bagi putih.

Contohnya : 1.e4 e5 2.Nf3 Nc6 3.Bc5 d6 (Steinitz Defence) 4.d4 Bd7 5.Nc3 Nf6 6.O-O Be7 7.Re1 
Selepas 7.Rf1-e1
7...exd4 (Forced) 8.Nxd4 O-O 9.Bf1! 

Selepas 9.Bb5-f1!
Putih mempunyai kedudukan pawn centre yang lebih baik, menguasai petak tengah, Bishop yang bebas bergerak dan kedudukan pieces hitam yang amat cramp! Putih akan mengatur serangan dalam keadaan hitam yang terpaksa mengambil masa untuk melepaskan pemain-pemainnya bebas berlari keluar ke medan pertarungan.

Hitam boleh memilih untuk bertahan dengan bermain 3...d6 (Steinitz Defence, strong point defence, cramp position), 3...Nf6 (counter-attack, cramp position), 3...Bc5 (Classical Defence, putih memiliki strong centre pawns) ataupun 3...a6 (Morphy Defence, lebih fleksibel). Terkini, 3...a6 menjadi pilihan ramai pemain, bertahan dengan lebih fleksibel, gaya Italy!

Kesimpulannya, saya memilih (B) kerana lebih merasakan "Spanish Torture" akan mendominasi dunia catur, sebagaimana "Spanish" juga akan menguasai petak tengah dalam pertembungan dengan Itali pada Euro 2012... Italy perlu memilih gaya bertahan yang lebih fleksibel untuk menghadapi "Spanish Torture"... Good luck Spain!

Armanov,
Bandar Seri Botani, Ipoh.

No comments:

Post a Comment