Monday, June 25, 2012

Kejohanan Catur Terbuka Datuk Bandar Ipoh

Fong Yit Ho sedang menerima hadiah dari Datuk Bandar Ipoh
Semalam, 24 Jun 2012, saya telah dijemput untuk menjadi arbiter di Kejohanan Catur Terbuka Datuk Bandar Ipoh. Kejohanan yang berlangsung di Town Hall Ipoh yang terletak bersebelahan dengan Masjid Negeri Ipoh telah menerima lebih kurang 160 penyertaan. Terdapat 3 kategori yang dipertandingkan iaitu Terbuka, Bawah 16 dan Bawah 12. Kejohanan ini merupakan kejohanan "National Rated Event" dan telah berjalan dengan lancar. Pendaftaran dan pembayaran yuran kejohanan telah dilakukan dengan lebih awal untuk mengelak sebarang masalah pada hari kejohanan. Johan bagi kategori terbuka menjadi milik Fong Yit Ho. Keputusan keseluruhan kejohanan boleh didapati di sini.


Berikut dikongsikan beberapa keping gambar yang sempat diambil semasa kejohanan berlangsung. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Datuk Bandar Ipoh atas sumbangan hadiah, begitu juga kepada Persatuan Catur Daerah Kinta, Classical Chess, Arbiter dan pembantu-pembantu dan seterusnya seluruh pemain, ibubapa dan guru pengiring yang terlibat menjayakan kejohanan ini. Insya Allah tahun hadapan bertemu lagi...


Pemain-pemain Catur dari UTP... 1 pemain import dari Pakistan dan 1 lagi dari India...

Arbiter dan pembantu arbiter... Atas meja penuh chessboard + clock... dah masuk last round!

Fadil Nayan dan Abdullah Che Hassan... Good attitude dari Fadil Nayan, tetap mahu membuat catatan...
Bawah 16 Tahun...
Bawah 12 Tahun... 1.e4 g6 wow!
Yong Jenn vs WNM Fong Mi Yen... 
Fokus sebelum memulakan perlawanan... Gaya seorang juara!


No comments:

Post a Comment