Thursday, September 20, 2012

Olympiad :FIDE Laws of Chess updated!

Dinner... bersama-sama delegasi negara Asia di Beijing 2010... Termasuk FIDE Secretary, IA Ignatius Leong yang merupakan antara orang penting dalam FIDE Laws of Chess...

Dalam kejohanan catur Olimpiad 2012 di Turki baru-baru ini, bukan sahaja diadakan pertandingan catur berpasukan, tetapi turut diadakan beberapa kursus seperti kursus Arbiter, Organizer dan Trainer untuk sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan Title daripada FIDE. Yang paling menarik, turut berlaku mesyuarat RTRC (Rules and Tournament Regulations Committee), iaitu jawatankuasa yang bertanggungjawab menambah baik dan mencadangkan sebarang perubahan untuk FIDE Laws of Chess dan dibentangkan dalam Presidential Board dan delegasi-delegasi dari seluruh dunia.

Dalam artikel terkini dari IA Geurt Gjissen <www.chesscafe.com>, beliau telah membincangkan beberapa perubahan yang berlaku dan akan dikuatkuasakan bermula pada 1 Julai 2013. Antaranya : 

1) Artikel 3.7.e. (Berkenaan pawn promotion)

When a pawn reaches the rank furthest from its starting position it must be exchanged as part of the same move on the same square for a new queen, rook, bishop or knight of the same colour. 

Dalam undang-undang lama di atas, proses untuk promote pawn ialah :
(Cara 1)
1) Pawn dari rank 7 bergerak ke rank 8.
2) Pawn itu dikeluarkan dari petak di rank 8.
3) Piece yang baru akan diletakkan di petak yang telah ditinggalkan oleh pawn itu.

Terdapat kes-kes, terutamanya dalam permainan blitz dan rapid, di mana pemain menggunakan jalan short-cut untuk promote pawn iaitu : 
(Cara 2)
1) Pawn dari rank 7 dikeluarkan terus dari papan catur.
2) Piece yang baru akan diletakkan di rank 8, di petak yang akan dituju oleh pawn dari rank 7 tadi.

Ada perbezaan? Dari segi kedudukan pieces selepas pawn promotion, cara 1 dan 2 tidak menunjukkan sebarang perbezaan, cuma yang berbeza ialah cara melakukan pawn promotion. Terdapat beberapa arbiter yang tidak membenarkan pemain menggunakan cara 2 berdasarkan FIDE Laws yang lama. Oleh itu, RTRC telah mencadangkan untuk ditambah sedikit artikel tersebut bagi membenarkan pemain menggunakan cara 2, iaitu :

"The pawn can be removed from the board and the new piece be put on the appropriate square in any order."

2) Artikel 5 (Checkmate, Stalemate, Dead position)

Dalam artikel 5, terdapat sedikit penambahan dihujung artikel yang lama iaitu : the last move must also be played in accordance with the Article 4.2 – 4.6 (touched-move rule etc.). 

*Artikel 4 ialah berkenaan cara menggerakkan pieces

Contohnya : 

5.1.a : The game is won by the player who has checkmated his opponent’s king. This immediately ends the game, provided that the move producing the checkmate position was a legal move.

Dalam kes di atas, mana-mana pemain yang berjaya melakukan checkmate akan dianggap pemenang. Dengan penambahan artikel yang baru, pemain yang melakukan checkmate bukan sahaja perlu menunjukkan kedudukan checkmate yang sah, dan gerakan checkmate yang sah, tetapi dia hendaklah melakukan proses pergerakan untuk checkmate tersebut dengan cara yang betul, dari mula memegang pieces sehinggalah meletakkannya di petak checkmate, dan tidak melibatkan kesalahan seperti touch-move rule dsb.

Geurt Gjissen turut menyebut beberapa perubahan besar yang lain, yang mungkin akan dikongsi dalam artikel yang akan datang.

Jangan risau, undang-undang ini hanya akan dikuatkuasakan dalam kejohanan catur FIDE bermula 1 Julai 2013!

No comments:

Post a Comment