Tuesday, November 13, 2012

TAHNIAH KEPADA PEMENANG CATUR SUKIPT 2012!

Pemenang Acara Individu Lelaki SUKIPT 2012

Kejohanan SUKIPT 2012 telah melabuhkan tirainya pada Ahad yang lalu. Bagi kejohanan catur, pemenang pingat emas individu lelaki ialah Ahmad Fadzil Nayan (UIA), diikuti oleh Muhammad Syazwan Zulkifli (UM) dan Looi Xin Hao (USM). Bagi kategori individu wanita, pemenang pingat emas ialah Guan Xin Ting (UPSI), diikuti oleh Ong Choon Yong (USM) dan Lee Lee Yin (USM).

Dalam acara berpasukan lelaki, pingat emas menjadi milik UIA, diikuti oleh UM dan UTM. Bagi acara berpasukan wanita, USM mendapat pingat emas dengan diikuti oleh UIA dan UPSI.

Secara keseluruhannya, bagi acara Catur, UIA mendapat 2 pingat emas dan 1 pingat perak, USM mendapat 1 pingat emas, 1 pingat perak, 2 pingat gangsa, sementara UPSI mendapat 1 pingat emas dan 1 pingat gangsa. UM pula berjaya mendapat 2 pingat perak diikuti oleh UTM dengan 1 pingat gangsa.


Fadhil Nayan bermain simul selepas tamat pusingan 11

Bagi kategori lelaki, Ahmad Fadhil Nayan berjaya mengumpul 10.5 (!) mata dari 11 pusingan untuk merangkul pingat emas berbanding pencabar terdekatnya yang hanya mendapat 9 mata. Berikut ialah aksi menarik dari permainan beliau dalam pusingan ke-6: 


IAN SIAH JUN REN (UTM)-AHMAD FADZIL NAYAN (UIAM), Pusingan 6.
1. e4 c5 2. Nf3 d6 3. d4 cxd4 4. Nxd4 Nf6 5. Nc3 a6 (Sicilian Najdorf)
Selepas 6.Be3
6. Be3 Putih memilih untuk bermain 6.Be3, satu gerakan yang bertujuan untuk bermain English attack, bermula dengan f3 dan diikuti dengan g4, Qd2 dan castling Queenside dan seterusnya melakukan serangan ke arah Kingside hitam. 
6...Ng4 Terdapat juga pilihan lain termasuklah 6...e5 atau 6...e6 yang membawa ke arah English Attack.
7. Qd2?! Gerakan 6...Ng4 sudah mengubah strategi putih, dan putih tidak sepatutnya bermain English Attack lagi. Sepatutnya putih bermain 7.Bg5 h6 8.Bh4 g5 etc.
7...Nxe3! Mematikan Bishop yang merbahaya itu. 8.Qxe3 g6 9. Bc4 Bg7 10. O-O O-O 11. Bb3 e6 12. Rad1 Qc7 13. Rd2 Nc6 14. Nxc6 bxc6 15. Rfd1 d5 
Selepas 16...Be5
16. Qc5 Be5! Tempo gerakan yang menarik, menyerang pawn h2 sambil menyusun semula kedudukan Bishop g7. Perhatikan bagaimana hitam mengambil peluang dari kelemahan kedudukan Queen dan pieces putih. 
17. h3 Bd6! Menyerang Queen putih.
18. Qd4 c5! Serangan terhadap Queen putih sambil memperbaiki kedudukan pawn c6. 
19. Qf6 Be7! Sekali lagi menyerang Queen. 
20. Qf3 d4 Gelombang serangan tanpa henti. Selepas Queen, Knight pula menjadi mangsa. Pawn c dan d hitam amat berkuasa dan amat sukar disekat. Pawn c dan d hitam menjadi seperti steamroller yang menghalau apa sahaja pieces yang menganggu perjalanannya!
Selepas 20...d4
21. Nb1 Knight pulang semula ke tempat asal! 21...Bg5 Serangan terhadap Rook.
22. Re2 c4 Serangan terhadap Bishop! 
23. Ba4 e5 Membuka ruang untuk Bishop c8 masuk menyerang sambil mengukuhkan kedudukan pawn d4. 24. Qg3 Bf4 Queen sekali lagi diasak.
25. Qa3 Bb7 Bishop mengambil kedudukan strategik, mengancam pawn e4 dan Kingside! Sekarang, senjata kedua-dua bishop hitam sedang dihalakan ke arah Kingside putih, sedangkan bala tentera putih sedang bertaburan di sebelah Queenside tanpa koordinasi yang mantap! Bagaimanakah hitam membuka ruang serangan seterusnya?
Selepas 25...Bb7
26. c3 Gerakan yang menutup laluan Queen putih untuk membantu bertahan di Kingside. Sekarang giliran pawn c dan d hitam pula yang menunjukkan kekuasaannya.
26...d3 Serangan terhadap Rook. Kekuatan centre pawn hitam amat terserlah!
27. Ree1 Rook kembali semula ke rank 1. 
27...f5! Serangan bertali arus, membuka ruang untuk Bb7 menyerang g2. 
28. b3 Putih masih berusaha untuk melepaskan diri dari kepungan pawn c4 dan d3. 
28...fxe4 29. bxc4 Qd8 30. Nd2 Cubaan dari putih untuk membantu Kingside. 
Selepas 30...e3
30...e3! Gerakan yang membuka laluan Bishop untuk menyerang g2. Kedudukan yang sukar untuk dibayangkan, iaitu bagaimana pawn hitam boleh berada di petak d3 dan e3! Pawn menjadi seperti steamroller, menghalau apa sahaja pieces yang mengganggu perjalanannya...
31. fxe3 Qg5! Mengancam checkmate di petak g2. 
32. e4 Mengelak daripada checkmate, namun... 32...Bxd2 Putih kehilangan 1 piece. 
33. Rf1 Be3+ 34. Kh1 Bxe4 35. Qb2 Queen pula berusaha untuk kembali membantu Kingside,
namun sudah terlambat! 
Selepas 35...d2
35...d2! Menutup laluan Queen dan mengancam Qxg2# 0-1

Pawn centre hitam benar-benar berkuasa dan amat berkesan untuk mengasak dan menjadikan kedudukan pieces putih tidak harmoni. Kedudukan 2 bishop hitam di tengah-tengah medan peperangan membuktikan putih sudah tidak mampu mengawal tempo permainan dan hanya mampu melihat 2 bishop hitam bermaharajalela di tengah-tengah medan pertempuran!

No comments:

Post a Comment