Thursday, January 10, 2013

FIDE RAPID & BLITZ RATING...

Tan Li Ting di Kejohanan MSSM Melaka, 2008... kecil-kecil cili padi...

Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan tahniah untuk Fong Yit San dan WNM Tan Li Ting kerana menjuarai National Junior Chess Championship 2012 bagi kategori masing-masing. Fong Yit San yang juga merupakan pemain dari Perak berjaya mendapat 7.5 mata diekori rapat oleh Tan Jun Feng, abang kepada Tan Li Ting dengan 7 mata. WNM Tan Li Ting yang berasal dari KL pula berjaya memungut 8.5 (!) mata dari 9 pusingan. Beliau hanya seri dengan Sarika pada pusingan ketiga. Tempat kedua pula dimenangi oleh WFM Nur Najiha dengan mendapat 7.5 mata.

Pada tahun lepas juga, penganjuran National Rapid & Blitz telah membuka satu lembaran baru bagi pemain-pemain catur tanah air. Bagi kategori terbuka, keputusannya telah dihantar kepada FIDE untuk mendapatkan FIDE rating bagi pemain-pemain yang terlibat. 

Hasilnya, kejohanan ini telah didaftarkan dan pemain yang layak mendapat FIDE rating telah diberikan rating. Ia boleh dilayari di laman web FIDE bagi kategori rapid dan blitz.

Bagi kategori age-group pula, kejohanan kategori rapid telah didaftarkan untuk mendapat national rating. Sebarang perubahan rating kebangsaan terkini akan dimaklumkan oleh MCF dalam masa terdekat.

Terima kasih diucapkan kepada semua pemain dan pihak yang terlibat dalam menyokong dan menjayakan kejohanan ini, termasuklah para arbiter iaitu FA Mok Tze Meng dan Marcus Yeoh serta IA Lim Tse Pin yang membantu untuk mendaftarkan kejohanan ini kepada FIDE.

Moga pada tahun 2013, kejohanan ini akan dapat diteruskan lagi dengan lebih meriah...

Keputusan National Blitz Chess Championship 2012
Keputusan National Rapid Chess Championship 2012

No comments:

Post a Comment