Sunday, January 27, 2013

PELAJARI PERMAINAN KLASIK...

Akiba Rubinstein (wikipedia)

Setiap legenda catur mempunyai kepakaran mereka yang tersendiri. Menurut Mikhalchishin, pemain seperti Botvinnik terkenal dengan teknik "centralization", Alekhine dengan kemahiran mencari inititative dalam fasa opening, Capablance dengan teknik permainan fasa ending dan Rubinstein sebagai antara pakar "exchange technique". 

Antara kepentingan mempelajari permainan klasik ialah untuk memahami bagaimana pemain-pemain terbaik ini mengaplikasikan kemahiran istimewa mereka. Inilah yang berlaku baru-baru ini apabila Viswanathan Anand yang bermain buah hitam berjaya menumpaskan Levon Aronian dengan hanya 23 gerakan! Permainan ini mengingatkan kita kepada permainan yang pernah dimainkan lebih 100 tahun yang lalu oleh Rubinstein, iaitu bagaimana dalam posisi yang hampir sama, hitam melancarkan serangan menggunakan kombinasi Queen, Knight dan 2 Bishop.

Georg A Rotlewi vs Akiba Rubinstein (1907)

1. d4 d5 2. Nf3 e6 3. e3 c5 4. c4 Nc6 5. Nc3 Nf6 6. dxc5 Bxc5 7. a3 a6 8. b4 Bd6 9. Bb2 O-O 10. Qd2 Qe7 11. Bd3 dxc4 12. Bxc4 b5 13. Bd3 Rd8 14. Qe2 Bb7 15. O-O Putih ketinggalan dalam fasa opening, tertinggal hampir 2 tempo berbanding hitam 15...Ne5! Menurut Grivas Efstratios, dalam kedudukan symmetrical, adalah sangat penting untuk mencipta initiative dengan cara membuka ruang serangan / diagonal...  

16. Nxe5 Bxe5 17. f4?! Bc7 18. e4 Rac8 19. e5?! Bb6+ 20. Kh1 Ng4!
Sekarang, perhatikan bagaimana hitam mengendalikan serangan yang menarik ini menggunakan 2 Bishop, Knight dan Queen serta dibantu oleh Rook.


Selepas 20...Nf6-g4

21.Be4 
Putih tidak boleh menyentuh Knight hitam. Sekiranya 21. Qxg4 Rxd3, ataupun 21. Ne4 Rxd3! 22. Qxd3 Bxe4 23. Qxe4 Qh4! 24. h3 Qg3 25. hxg4 Qh4#, ataupun 21. Bxh7+ Kxh7 22. Qxg4 Rd2 dan kelebihan serangan menjadi milik hitam [Efstratios Grivas].

21... Qh4! 22. g3 Rxc3! Menghilangkan pelindung Be4. Mengorbankan Rook untuk Knight putih.


Selepas 22...Rc8xc3!

23. gxh4 Hitam mengorbankan Queen! Berdasarkan calculation di bawah, ternyata serangan hitam dirancang secara rapi dan berseni!
Sekiranya [Efstratios]: 23. Bxc3 Bxe4+ 24. Qxe4 Qxh2# ataupun 23. Bxb7 Rxg3! 24. Rf3 (24. Bf3 Nxh2 -+) 24... Rxf3 25. Bxf3 Nf2+ 26. Kg1 (26. Kg2 Qh3+ 27. Kg1 Ne4+ 28. Kh1 Ng3#) 26... Ne4+ 27. Kf1 Nd2+ 28. Kg2 Nxf3 29. Qxf3 (29. Kxf3 Qh3+ 30. Ke4 Rd3!! 31. Qxd3 Qg2+ 32. Qf3 Qc2+ 33. Qd3 Qc6+) 29... Rd2+ -+ 

23... Rd2!! Mengorbankan Rook kedua. Tujuannya ialah untuk mengalih Queen dari melindungi Bishop e4.
Selepas 23...Rd8-d2

24. Qxd2
Sekiranya 24. Qxg4 Bxe4+ 25. Rf3 Rxf3 -+ ataupun 24. Bxc3 Rxe2 25. Rf2 Bxe4+ 26. Kg1 Bxf2+ 27. Kf1 Bf3 28. Rd1 Nxh2# ataupun 24. Bxb7 Rxe2 25. Bg2 Rh3! -+ 

24... Bxe4+ 25. Qg2 Rh3!!
Satu pukulan berseni yang terus membuatkan putih resign.
26. Rf3 Bxf3 27. Qxf3 Rxh2# ataupun 26. Rf2 Bxf2 27. Qxe4 Rxh2# 0-1
Selepas 25...Rc3-h3


Sekarang, mari kita kembali semula ke tahun 2013:

Levon Aronian (2772) vs Viswanathan Anand (2802), Wijk aan Zee, 15 Januari 2013.


1. d4 d5 2. c4 c6 3. Nf3 Nf6 4. Nc3 e6 5. e3 Nbd7 6. Bd3 dxc4 7. Bxc4 b5 8. Bd3 Bd6 9. O-O O-O 10. Qc2 Bb7 11. a3 Rc8 12. Ng5 c5! 
Gerakan novelty dari Anand! Hitam tidak menghiraukan serangan putih pada pawn h7. Anand menyatakan bahawa gerakan ini telah disediakan untuk digunakan pada kejohanan World Championship 2012. Namun, senjata ini belum dapat dicuba sehinggalah dalam permainan ini!  Terdapat cubaan dari pemain sebelum ini iaitu Negi yang pernah bermain 12...Bxh2+, namun gerakan ini tidak cukup kuat untuk hitam.

13. Nxh7 
13. Bxh7+ dan Anand menyatakan bahawa hitam mendapat compensation meskipun kehilangan 1 pawn. Bagaimana hitam cuba mendapatkan semula 1 pawn yang hilang?

13... Ng4! 
Hitam hilang 1 pawn tetapi mendapat peluang melancarkan serangan yang sukar ditepis. Bandingkan kedudukan ini dengan permainan Rubinstein di atas. Idea yang digunakan hampir sama iaitu Ng4 dibantu oleh Bishop b7 / d6 / c5 dan Queen yang masuk melalui petak h-file.


Selepas 13...Nf6-g4

14. f4  cxd4 15. exd4 Bc5! 16. Be2?! 
Menurut Efstratios Grivas, lebih baik untuk putih bermain 16. dxc5 Nxc5 17. Nxf8 (17. Qe2 Qd4+ 18. Kh1 Nxd3 19. Qxg4 Kxh7 20. Qg3 a6) 17... Nxd3 18. h3 Qd4+ 19. Kh1 Ndf2+ 20. Rxf2 Nxf2+ 21. Kh2 Kxf8  

16... Nde5!! 
Anand meletakkan piece yang seterusnya untuk dimakan oleh putih. Putih mempunyai 4 pilihan sama ada pawn makan Bc5, Ne5, BxNg4 ataupun Knight makan Rf8. Anand sudah mula mendapat rentak sacrifice seperti Rubinstein, 1907!
16...Nd7-e5

17. Bxg4 
Sekiranya 17. fxe5 Qxd4+ 18. Kh1 Qg1+! 19. Rxg1 Nf2# ataupun 17. Nxf8 Qxd4+ 18. Kh1 Qg1+ 19. Rxg1 Nf2#  

17...Bxd4+ 18. Kh1 Nxg4 19. Nxf8 f5! Hitam menghentikan serangan balas oleh Queen putih dan menyediakan ruang untuk Queen hitam masuk ke h-file. Sekiranya hitam terus bermain 19...Qh4?! 20.Qh7+! dan serangan hitam akan dapat dipatahkan. Semasa menyerang, pastikan pieces anda yang aktif tidak dimatikan oleh lawan yang sedang bertahan...

Selepas 19...f5
20. Ng6 
Bukan sekadar mengundur Knight, tetapi yang lebih penting ialah menghalang Queen hitam dari masuk ke h-file. 

20...Qf6 21. h3 Qxg6 22. Qe2 Knight hitam tidak boleh disentuh kerana ancaman mate! 


Selepas 23...Bd4-e3
22...Qh5 23. Qd3 Be3!! 0-1
Putih menyerah kalah. Anand mengancam ...Qxh3+! Perhatikan persamaan idea dalam permainan ini dengan permainan Rubinstein, dengan keadaan Bishop yang mengawal diagonal a7-g8 dan a8-h1, Queen yang masuk ke h-file dan Knight yang berada di petak g4. 

Oleh itu, pelajarilah permainan klasik untuk terus mencari ilham dan idea yang masih boleh diaplikasikan dalam permainan catur pada hari ini...

No comments:

Post a Comment