Sunday, January 12, 2014

Putih Akan Bergerak....

Kasparov-Short, Zurich Rapid 2001

Dalam kedudukan di atas, putih memiliki ruang pergerakan yang lebih baik dari hitam. Hitam mengalami masalah kerana sebahagian besar tenteranya tidak mempunyai ruang untuk bergerak dan menyerang. Putih juga memiliki bala tentera yang sudah bersedia untuk melaksanakan misi serangan di Kingside terutamanya Nh5, Nf3, serta Bc1, Queen dan Re1. Berdasarkan kelebihan yang dimiliki, apakah gerakan yang telah dilakukan oleh Kasparov dalam kedudukan ini?




Kasparov telah bermain: 18.Bh6!!
Selepas 18.Bh6

Permainan seterusnya berlangsung:

18...gxh6 (kerana hitam tidak boleh membiarkan putih makan pawn g7 secara percuma dan seterusnya mengukuhkan kedudukannya.)

19.Qd2 (Menyerang pawn h6)

19...f5 (Pawn bergerak untuk memberikan ruang bagi Queen melindungi petak g7)

20.exf6 e.p. Bd8

21.Qxh6 Ra7 (Membantu melindungi petak g7)

22.Ng5 (Menambahkan tekanan di petak f7)

22....Qxb6
Selepas 23.f7+

23.f7+! Rxf7

24.Nxf7 1-0 (24...Kxf7 25.Qg7#)

No comments:

Post a Comment