Friday, January 17, 2014

The Power of 2 Knights



Ketika membuat kajian di London pada bulan November yang lalu, saya berkesempatan berjalan-jalan di Hyde Park, menikmati suasana dan cuaca akhir musim luruh di London. Ketika berjalan-jalan berseorangan, saya amat tertarik dengan ukiran patung seorang lelaki dengan kudanya, yang pasti bukan ukiran klasik ala-ala zaman Rom yang biasa ditemui di kota London. Tekaan saya tepat kerana ukiran tersebut adalah merupakan ukiran moden tentang seorang pahlawan lelaki dari Mongolia yang amat masyhur bernama Genghis Khan. Patung ini terletak berdekatan pintu gerbang berhampiran Marble Arch. Patung tersebut secara keseluruhannya menggambarkan kepahlawanan Genghis Khan yang meninggal dunia pada tahun 1227, dengan pakaian perang serba lengkap tentera Mongolia termasuklah plak emas yang terdapat pada pakaian mereka dan rambut Genghis Khan serta bulu kuda yang didandan, membentuk gambaran tentang kehebatan mereka.

Kali ini, kehebatan kuda perang ini boleh dilihat dalam masalah catur di bawah.


Zarnicki-Dgebuadze, Roque Saenz Pena tt, 1997.



Dalam kedudukan di atas, bilangan pieces adalah sama, namun hitam memiliki passed pawn di d-file. Kedudukan pieces putih juga tidak berada pada kedudukan yang baik apabila kudanya hanya bertahan di baris 1 dan 2, sementara Rook putih amat pasif. Bagaimanakah hitam memanfaatkan kelebihan kedudukan aktif pieces yang dimilikinya?






Selepas 38...Nf4!

Hitam bermain:
38...Nf4! Menyerang kedudukan Rook di petak e2. Permainan diteruskan dengan:

39.Re7 Kf8 Menyerang Rook putih.


40.Re1 Rook putih terpaksa berpatah balik ke petak e1, satu-satunya petak yang selamat diduduki sambil dapat melindungi petak e2 dari kemaraan Knight hitam, namun...


Selepas 40...Rc1!
40...Rc1! Hitam mengorbankan Rooknya untuk mengejar checkmate! Rook putih tidak mempunyai petak untuk lari di e-file. Rook putih mesti berada di e-file kerana tugasnya ialah untuk melindungi petak e2 daripada ancaman mate oleh 2 Knight hitam.

41.Rxc1 Sekiranya 41.Nf3 Rxe1 42.Nxe1 Ne2+ 43.Kh1 Nxf2#

41...Ne2+ 


42.Kh1 Nxf2# 0-1

No comments:

Post a Comment