Saturday, February 15, 2014

SUKIPT 2014: TAHNIAH KEPADA PASUKAN UNIVERSITI MALAYA!

Simultaneous game selepas selesai pertandingan. Antaranya melibatkan WFM Alia Anin Azwa, Nur Nabila Azman Hisham dan Ahmad Fadzil Nayan

Keputusan pertandingan catur SUKIPT 2014 sudah pun diketahui. Tahniah diucapkan kepada pasukan Universiti Malaya kerana buat pertama kali menyapu bersih semua pingat emas yang dipertandingkan. Berikut ialah kedudukan pingat acara individu dan berpasukan lelaki dan perempuan selepas pertarungan 11 pusingan:

Individu Lelaki
Lelaki
Emas: Muhd Syazwan Zulkifli (Universiti Malaya) (9 mata)
Perak: Ahmad Fadzil Nayan (Universiti Islam Antarabangsa) (9 mata)
Gangsa: Muhd Nabil Azman Hisham (Kolej Multimedia KL) (8.5 mata)

Individu Wanita

Wanita
Emas: WFM Alia Anin Azwa Bakri (Universiti Malaya) (9.5 mata)
Perak: Ong Choon Yong (Universiti Sains Malaysia) (9 mata)
Gangsa: Kwan Tszee Yeung (Universiti Pendidikan Sultan Idris) (8 mata)

Berpasukan Lelaki
Emas: Universiti Malaya (29 mata)
Perak: Sunway University (28.5 mata)
Gangsa: Universiti Teknologi Petronas (27.5 mata)

Berpasukan Wanita

Berpasukan Wanita:
Emas: Universiti Malaya (29 mata)
Perak: Universiti Putra Malaysia (26.5 mata)
Gangsa: Universiti Sains Malaysia (26.5 mata)

Jumlah pingat yang dimenangi berdasarkan universiti adalah seperti berikut:

Universiti Malaya: 4 pingat emas
Universiti Sains Malaysia: 1 pingat perak, 1 pingat gangsa
Universiti Islam Antarabangsa: 1 pingat perak
Sunway University: 1 pingat perak
Universiti Putra Malaysia: 1 pingat perak
Kolej Multimedia KL: 1 pingat gangsa
Universiti Pendidikan Sultan Idris: 1 pingat gangsa
Universiti Teknologi Petronas: 1 pingat gangsa

Penonton yang memerhatikan permainan melalui layar besar...

Kejohanan kali ini adalah lebih sengit berbanding edisi terdahulu. Taburan pingat tidak hanya tertumpu kepada beberapa IPTA sahaja, tetapi dengan kehadiran pendatang baru iaitu Sunway University, ia telah berjaya memberikan saingan yang sangat menarik terutamanya bagi acara lelaki. Muhd Syazwan (UM) dan Ahmad Fadzil Nayan (UIA) terpaksa berusaha memenangi pusingan 11 sebelum dinobatkan selaku pemenang pingat emas dan perak. Begitu juga Muhd Nabil Azman Hisham yang berjaya menewaskan Jeppy (UMS) untuk mendapat tempat ketiga. Bagi acara berpasukan, 3 pasukan berkongsi mata pada kedudukan 3, 4 dan 5 namun ranking pemain-pemain UTP hanya dibezakan dengan 1 kedudukan dengan pemain-pemain UiTM yang mendapat tempat keempat.

Bagi acara wanita, Kwan Tszee Yeung (UPSI) telah tewas pusingan terakhir namun masih bernasib baik untuk meraih gangsa apabila berkongsi mata dengan pemain tempat keempat, Khairunnisa Izzati (UPM). Mereka hanya dibezakan dengan 0.5 mata pada tie-break Buchholz. Bagi pingat perak dan gangsa berpasukan wanita, pemain-pemain UPM mendapat ranking yang lebih baik daripada USM apabila pemain UPM, Marsyitah Baba berjaya mendapat keputusan seri apabila bertemu Amira Syahmina (UM) dan Khairunnisa Izzati (UPM) yang menewaskan Kwan Tszee Yeung (UPSI).

Keseluruhannya, SUKIPT kali ini menunjukkan peningkatan dari segi kualiti apabila keputusan acara lelaki masih menunjukkan mata yang sama selepas 11 pusingan. Diharapkan kejohanan SUKIPT 2016 akan menambahkan lagi bilangan pingat emas untuk acara catur, terutamanya bagi kategori rapid dan blitz.

Tempat ketiga kategori berpasukan lelaki, dari kanan: Toh Yew Leong, Ramone Mikgail & Suniil Kalivanan. Tiada dalam gambar: Gheenish Sivalingam.
Pasukan Catur UTP di SUKIPT 2014

No comments:

Post a Comment