Saturday, February 8, 2014

SUKIPT HARI KETIGA: LUKA YANG BELUM SEMBUH

Pusingan ketujuh kategori wanita. Lee Lee Yin (USM) menentang WFM Alia (UM). Putih gagal meruntuhkan French Defense yang dimainkan oleh hitam sehingga Knight hitam mampu menyerang bermula dari petak f6-e4-g5-f3 dan seterusnya menjerat King putih.

Sudah 3 hari kejohanan berlangsung. Sebanyak 8 pusingan telah dijalankan. Bagi kategori lelaki, masih belum jelas siapakah yang menjadi pendahulu kejohanan. 4 pemain memiliki mata tertinggi iaitu sebanyak 6.5 mata. Mereka ialah Muhd Syazwan Zulkifli (UM), Looi Xin Hao (USM), Chek Kin Keuw (UPM) dan Muhd Nabil Azman Hisham (MMC). Bagi kategori wanita, WFM Alia Anin Azwa (UM) masih mendahului dengan mendapat 7.5 mata selepas dipaksa untuk seri dalam pusingan kelapan diikuti dengan Kwan Tszee Yeung (UPSI) dengan 6.5 mata.

Untuk acara berpasukan, selepas tamat pusingan 7, kategori lelaki didahului oleh UM dengan 21 mata, Sunway Universiti 20 mata dan UPM 19 mata. Bagi kategori wanita, pasukan UM juga mendahului dengan 19 mata, sementara UPM dan UPSI berkongsi 18 mata. Esok sudah pasti menjanjikan 2 pusingan pertarungan yang lebih sengit bagi menentukan juara acara berpasukan.

Berikut ialah perlawanan yang membabitkan acara pusingan 7 dan 8:

WFM Alia Anin Azwa (UM) vs Nurwahida Atira (UIAM), pusingan 8, SUKIPT 2014. Selepas 34.Rd3-d2  

Dalam kedudukan yang masih dipenuhi pawn di atas, pemain putih tidak mempunyai ruang pergerakan yang banyak akibat kesilapan dalam fasa opening yang membenarkan hitam mendapat passed pawn di petak d4. Pawn tersebut benar-benar memberi masalah kepada posisi putih. Kedua-dua bishop putih bagaikan tidak berfungsi, bahkan Bishop di petak e1 langsung tidak mempunyai petak yang strategik untuk diduduki. Rook putih juga tidak terkoordinasi dengan baik. King putih turut menghadapi masalah mencari petak yang selamat. Dalam kedudukan yang tertutup ini, adalah lebih baik memiliki Knight daripada memiliki Bishop yang bermasalah untuk bergerak akibat ruang yang ditutup oleh pawn sendiri. Bagaimanakah hitam memanfaatkan kelebihan pergerakan ruang yang dimilikinya?


Hitam telah bermain:

34...Bf4! 
untuk mengancam Rook d2 sambil mengintai ruang untuk masuk ke petak e3 melakukan check.

35.Kf1 
Putih terpaksa mengorbankan Rooknya demi menyelamatkan situasi dari menjadi lebih buruk!
Sekiranya 35.Re2 Be3+! 36.Kf1 Rh1+. Sekiranya 35.Rd1 Rxg2+! 36.Kxg2 Rh2+ dan putih akan kehilangan Bishop secara percuma.

35...Bxd2 36.Bxd2 
dan hitam sudah memiliki kelebihan yang jelas boleh membawa kepada kemenangan. 2 Bishop putih vs 1 Bishop 1 Rook hitam dan ditambah dengan kedudukan pawn, memberikan kelebihan yang jelas untuk hitam. 

Namun, perkara sebaliknya pula yang berlaku:

Selepas 52.Kf2-e3.

Putih berada dalam keadaan bertahan. Hitam sepatutnya berusaha untuk mengkoordinasi pergerakan Rook dan Bishop sambil berusaha membantu pawn d3 menjadi Queen. Namun, hitam sudah mula hilang sabar, lalu bermain:

52...Rxe4?

53.fxe4! 
dan keputusan permainan berakhir dengan seri. Mungkin hitam mengharapkan WFM Alia akan tertipu dan bermain 53.Kxe4?? d2!! dan pawn itu akan menjadi Queen. Putih terselamat dari ambang kekalahan. Hitam sepatutnya lebih sabar dan perlu mencari ruang untuk membawa masuk Rook ke kawasan putih bagi menyerang kedudukan pawn putih dan membantu pawn d3 menjadi Queen.




No comments:

Post a Comment