Saturday, August 30, 2014

Kehebatan Central Pawn

GM Yannick Pelletier (2578) vs IM Lim Yee Weng (2311)  

Dalam kejohanan Olympiad di Tromso baru-baru ini, IM Lim Yee Weng telah menewaskan GM Yannick Pelletier dan membantu Malaysia seri dengan Switzerland dengan keputusan 2-2, satu keputusan yang baik memandangkan Switzerland membariskan GM dan IM dalam pasukan mereka. Berikut ialah kemenangan yang dicapai oleh IM Lim Yee Weng, apabila beliau melakukan sacrifice yang cantik dengan gerakan ...Bxf2!!

Selepas 21.Rc1-c2

Dalam kedudukan di atas, putih baru sahaja menggerakkan Rook dari c1 ke petak c2 untuk mengawal pawn f2 sambil bersedia untuk membawa Rook d1 ke petak c1. Putih memandang rendah kemampuan hitam untuk melakukan serangan. Bagaimanakah hitam mengambil peluang ini?

Hitam bermain:


21...e5!
Menghalau knight di petak d4 sambil membuka laluan Bishop b6 untuk menyerang pawn f2 dan Bishop d7 untuk mara ke petak g4 menyerang Queen dan Rook di petak d1.

22.Nde2 Bg4
23.Qd3 f5

Selepas 23...f6-f5
Hitam berada dalam kedudukan yang selesa. Kedua-dua pawn e5 dan f5 sudah bersedia untuk mara kehadapan untuk memecahkan pertahanan putih. Pieces putih tidak terkoordinasi dengan baik, terutama 2 Rook putih. Permainan diteruskan dengan :

24.Na4 e4
25.Qc3

Selepas 25.Qd3-c3

Hitam melancarkan serangan mautnya, bermula dengan gerakan:

25...Bxf2+!!
26.Kxf2 Qxh2+
27.Ke3 Bxe2

Selepas 27...Bg4xe2

28.Qc7+ Ka8

Sekiranya 28.Rxe2 f4+! dan putih akan kehilangan Rook di petak e2.

29.Nc5 Qxg3+ 0-1 Putih menyerah kalah!!!


Selepas 29...Qh2xg3+

Dalam gerakan di atas, putih terpaksa membalas dengan 30.Qxg3. Permainan boleh bersambung dengan 30...Rxg3+ 31.Kxe2 Rg2+ diikuti dengan ...Rxc2. Hitam sudah mendapat kelebihan untuk memenangi pertarungan ini. Tahniah Yee Weng!!!

No comments:

Post a Comment