Sunday, August 10, 2014

TAKTIK DI TROMSO 2014: Pin, Double Attack & Overloading!!!

Dalam pertandingan Catur Olimpiad baru-baru ini, terdapat satu kedudukan menarik yang ditunjukkan oleh Oliver Reeh dalam website Chessbase.com antara GM Le Quang Liem, 2710 (Vietnam) vs GM Michael Adam, 2740 (England). Vietnam berhadapan dengan England pada pusingan ke-5 dan berjaya mendapat keputusan 2-2 dengan England.

Dalam kedudukan di bawah, perhatikan bagaimana hitam menggunakan kelebihan Bishopnya untuk memerangkap Rook putih:

Black to Move

Hitam telah bermain:

34...b5!!!
Perhatikan, Rook di petak c4 menghadapi masalah untuk bergerak kerana di sekat oleh Nc5, pawn d4 dan Qc3. Gerakan ...b5 ini penting untuk mengalihkan Rook kepada petak b4 untuk serangan seterusnya.

35.Rb4 Rxc5!

White to move

Dalam kedudukan di atas, pawn d4 telah di pin oleh Bg7. Justeru putih terpaksa bermain:

36.Qxc5 Bf8!
Queen putih dan Rook b4 telah diserang oleh Bishop f8. Putih akan kehilangan Rook berbanding hitam yang hanya kehilangan Bishop.

White to move
Dalam kedudukan di atas, putih menghadapi masalah: Queen putih terpaksa menjaga Rook c2 yang menghadapi ancaman fork oleh Queen hitam di petak e4, dan Queen putih juga terpaksa melindungi Rook b4 yang diserang oleh Bf8. Overloading!!! 2 Tugasan penting dalam 1 masa. Putih terpaksa membuat pilihan untuk kehilangan salah satu Rook, dan pilihan terbaik ialah melepaskan Rook c2 untuk diserang oleh Queen hitam.

37. Qxb4 Qe4+
38. Kg1 Qxc2

White to move
Hitam sudah memiliki kelebihan 1 piece. Sekarang kita akan lihat bagaimana sekali lagi taktik overloading akan diulang semula oleh hitam. Saksikan:

39. Ra4 Qb1+
40. Kg2 Qe4+
41. f3 Qc2+
42. Kh3 Qd1
43. f4 h5
44. Qc4 

Black to move
Queen putih terpaksa melindungi Rook a4 dan petak f1 kerana ancaman mate. 2 Tugasan penting dalam 1 masa. bagaimanakah hitam mengambil peluang dari tugasan Queen yang "overloading"?

Hitam bermain:
44...Rxd4!!
Cantik dan bergaya! Dan putih menyerah kalah.
Hitam menyerang Qc4 dan Ra4 serentak, sementara Queen putih pula terpaksa melindungi petak f1.

Sekiranya 45.Qxd4 (Tidak melindungi petak f1) ...Qf1+ 46.Kh4 Be7+!! 

Sekiranya Queen putih masih ingin menjaga petak f1, e.g. 45.Qb5 Rxa4! dan putih akan kehilangan 1 lagi piece.

No comments:

Post a Comment