Wednesday, November 5, 2014

TAHNIAH PASUKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA!

UTP INVITATIONAL TEAM CHESS TOURNAMENT 2014

Tarikh: 11 - 12 Oktober 2014
Tempat: MPH, Universiti Teknologi PETRONAS
Kawalan Masa: 45 minit + 30 saat tambahan masa setiap pergerakan
Format: Berpasukan 4 pemain, sistem Swiss 7 pusingan
Keputusan:

Rk.SNoTeamGames  +   =   -  TB1  TB2  TB3 
11Kementerian Pendidikan Malaysia76011221.0118.5
22PCA Junior Under-1675201220.5124.0
33UTP Dragon75111121.5121.0
49SMK Buyong Adil75021018.092.0
55Perak Chess Pomelo75021016.0109.0

Tahniah kepada pasukan Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah menjadi johan kejohanan ini. KPM yang membariskan Muhd Syazwan Zulkifli, Muhd Syakir, Muhd Nabil dan WFM Alia Anin Azwa berjaya mengumpul 12 match-point, hanya tewas sekali kepada PCA under-16. Tahniah juga kepada pasukan PCA Under-16 yang mendapat tempat kedua dibezakan dengan 0.5 mata game-point dengan pasukan Kementerian Pelajaran Malaysia. PCA Under-16 telah membariskan pemain-pemain iaitu FM Wong Yinn Long, FM Teh De Juan, Chuah Hao Min dan Ooi Yen Hoe.

KPM vs UTP CJKS

Berikut ialah permainan yang sempat dikutip semasa pertandingan ini berlangsung:
Lee Yuan Jake (UTP CJKS) vs Syakir (KPM), Pusingan 5. Black to move.
Dalam kedudukan di atas, hitam memiliki kelebihan dari segi bilangan dan struktur pawn yang lebih baik serta sepasang Bishop berbanding putih. Namun hitam perlu berhati-hati dengan passed pawn putih di petak b6. Bagaimanakah hitam menangani kedudukan di atas?


Hitam telah bermain:
37...Bxc4?
Hitam memandang rendah kemampuan passed pawn putih. Mungkin tekanan masa menyebabkan hitam tidak sempat untuk mencari gerakan yang lebih baik iaitu 37...Rb7 menyekat pawn dan mengancam untuk memusnahkannya pada gerakan berikut bermula dengan 38...Bxc4.

38.b7! Bc7
39.b8Q Bxb8
40.Rxb8+ Kh7
41.Bxc4

After 41.Be2xc4
Putih memiliki kelebihan 1 piece! Meskipun berada dalam kesuntukan masa, dengan tambahan masa 30 saat pada setiap gerakan, sepatutnya putih sudah boleh merangka pelan untuk memenangi pertarungan ini.

41...Rd1+
42.Kh2 Ra1 Menyerang pawn a3.
43.Rb3 Kg6 Hitam mengaktifkan Kingnya.
44.Re3?!


Satu gerakan yang kurang tepat. Ia membantu King hitam untuk mara kehadapan dengan tempo. Rook putih juga tidak bebas kerana disekat oleh pawn e4. Lebih baik untuk putih bermain f3 untuk menyerang pawn e4.

Selepas 44.Rb3-e3

44...Kf5
45.g4+?! Ke5 
Gerakan putih banyak membantu King hitam untuk masuk bersama-sama dengan tempo di petak yang strategik di tengah-tengah medan pertempuran.
Lebih baik untuk putih bermain 45.Bb5 sambil berusaha untuk menolak pawn ke petak a4 dan membebaskan Rook dari bebanan untuk melindungi pawn a3.

46.Kg3 f5 Hitam mula mengaktifkan pawnnya di sebelah Kingside.
47.gxf5 exf5 Pawn hitam kelihatan amat berbahaya.
48.Rb3
Selepas 48.Re3-b3

Putih sudah kehilangan beberapa tempo dan berada dalam kurang selesa kerana pawn hitam yang semakin aktif. Kedudukan di atas hampir sama dengan kedudukan pada gerakan 43 melainkan kedudukan king dan pawn hitam yang semakin aktif. Rook putih masih terbeban untuk menjaga pawn a3 dan tidak memiliki banyak ruang untuk bergerak. Putih perlu lebih berhati-hati.

48...g5!
49.Rb5+ Kd4! Memberi tekanan kepada piece Putih!
50.Rxa4? 


Putih tertekan dan melakukan kesilapan. Lebih baik untuk bermain Be6 daripada memberikan Bishop secara percuma. Mungkin putih menyangka selepas ...Kxc4, Rxf5 memberikan peluang untuk seri... Tetapi, hitam bermain:

Selepas 50.Rb5xa5

50...f4+! supaya pawn ini dilindungi oleh pawn g5!
51.Kg4 Kxc4

Dan akhirnya hitam telah memenangi perlawanan ini. Hitam menggunakan sepenuhnya pengalaman yang ada untuk terus memberi tekanan kepada putih meskipun ketinggalan 1 piece. 

Putih perlu lebih tenang dan mengaktifkan rooknya daripada dibiarkan pasif untuk bertahan. Putih juga sepatutnya tidak membiarkan King hitam bermaharajalela sehingga dapat membantu pawnnya mara kehadapan. 0-1!

No comments:

Post a Comment