Sunday, February 1, 2015

Gibraltar Masters 2015: Pentala Harikrishna (2723) vs Ioan-Christian Chirila (2548)

Permainan ini menunjukkan bagaimana dengan hanya sedikit kesilapan dalam fasa opening, ia telah memberi masalah kepada hitam untuk bertahan dalam fasa middle-game. Putih menunjukkan kepada kita bagaimanakah serangan bertali arus dapat dilancarkan dengan koordinasi Queen, 2 Bishops dan 1 Rook. 

Gibraltar Masters 2015, 2015.01.29, Round: 3, 
Harikrishna, Pentala (2723)-Chirila, Ioan-Cristian (2548)

1. e4 e5 2. Nf3 Nc6 3. Bb5
Selepas 3.Bf1-b5
Putih memilih  untuk bermain Ruy Lopez ataupun Spanish Torture. Putih memulakan permainan dengan memberi tekanan kepada pawn e5.

3... Nf6 Hitam mengeluarkan Knight sambil menyerang pawn e4.
4. d3 Berkemungkinan untuk mengelakkan hitam daripada bermain solid Open Berlin Defence bermula dengan 4...Nxe4. Kebiasaannya, selepas 3...Nf6, putih akan castling dan permainan boleh bersambung dengan 4.O-O Nxe4 5.d4! Nd6 6.dxe5! Nxb5 7.a4 (Alekhine-Poindle, 1936)
4...Bc5 
5. O-O Nd4 


Selepas 5...Nc6-d4

6. Nxd4 Bxd4 
7. Nd2 O-O 
8. c3 
Selepas 8.c2-c3
Sistem yang digunakan Harikrishna dalam permainan ini. Dalam pertemuan pada tahun lepas dengan Peter Leko, Harikrishna bermain: 8. Nf3 Bb6 9. Nxe5 d5 10. Bg5 c6. 

8... Bc5? GM Alejandro Ramirez menyatakan inilah kesilapan yang serius yang dilakukan oleh hitam dan akan dihukum oleh putih. Hitam meletakkan Bishopnya di petak c5 tanpa sebarang perlindungan, memberi tempo kepada putih. Sepatutnya hitam bermain 8... Bb6 9. d4 d6. 

9. d4! Menyerang Bishop c5 dan pawn e5. Hitam tiada pilihan selain bermain
9...exd4 
10. e5! dxc3 Hitam memilih untuk bermain secara counter-attack. Hitam juga mempunyai pilihan untuk bermain pasif 10... Ne8 11. Nb3 Be7 12. cxd4 d6. Ternyata, pilihan yang pasif ini lebih selamat daripada apa yang dipilih oleh Chirila. 
11. exf6 cxd2 
12. fxg7 Kxg7 

Selepas 12...Kg8xg7
Sekiranya 12... Re8 13. Bxd2; ataupun 12...dxc1Q 13.gxf8Q+! Qxf8 14.Rxc1 dan putih sudah bersedia untuk menyerang hitam dalam keadaan King hitam tidak bersedia untuk bertahan.

13. Bxd2 d6
14. Bc3+ Putih kekurangan 1 pawn dari segi material, namun Putih memiliki initiative dan memulakan serangan dalam keadaan pieces Hitam belum develop sepenuhnya. 
14....f6 
15. Qh5! Queen mula menceroboh masuk ke kawasan musuh.
15...Qe7 
16. Bd3 
Selepas 16.Bb5-d3
Putih mengatur semula kedudukan Bishop b5 ke petak d3. Perhatikan kedudukan kedua-dua bishop putih dan Queen yang sudah menghalakan muncung senjatanya ke arah kedudukan King hitam, terutamanya pawn h7.

16...Kg8 Untuk memberi peluang kepada Queen hitam melindungi pawn h7.
17. Rae1 Membawa masuk Rook ke medan pertempuran sambil mengambil tempo menyerang Queen hitam.
17...Qf7 Hitam cuba untuk menukar Queen putih yang amat agresif menyerang.
18. Qh4 Putih sudah pasti menolak tawaran untuk menukar Queen.
18...h5 
Selepas 18...h7-h5
Dalam kedudukan di atas, kelihatan hitam masih mampu bertahan. Bagaimanakah putih meneruskan usaha merobohkan pertahanan hitam?

19. Re3! Putih mengorbankan Rooknya untuk terus memecahkan benteng hitam. Putih mengancam untuk bermain Rg3+.
19...Bxe3 
20. fxe3 
Selepas 20. fxe3
Dalam kedudukan ini, putih sudah kehilangan Rook berbanding hitam yang hanya kehilangan Bishop. Namun, pawn f6 menjadi sasaran seterusnya serangan putih, sementara pawn h5 hanya dilindungi oleh Queen hitam. Putih mempunyai beberapa idea, antaranya ialah ancaman Bc4 dan gerakan Rook f1-f3-g3. 

Mampukah hitam terus bertahan?

20...Qg7 Hitam melepaskan perlindungannya untuk pawn h5.
21. Qxh5 c6 Hitam bersedia untuk bermain ...d5 sekiranya diserang dengan Bc4. 
22. Rf4! Putih memilih petak yang tepat untuk meletakkan Rooknya.

Selepas 22.Rf1-f4
Putih menguasai serangan. King hitam kelemasan kerana tidak mempunyai ruang untuk bergerak. Queen hitam terikat untuk melindungi petak h7. Segala-galanya tidak kena buat hitam.

22...Bd7 Bishop hitam cuba untuk keluar memberi ruang Rook a8 membantu Kingside, namun sudah terlewat.

23. Bf5! Putih mengancam Rg4!
23...Bxf5 
24. Qxf5 Qh6 Queen hitam sudah keluar daripada ancaman pin.
25. Rg4+ Kh8 
Selepas gerakan 25...Kg8-h8
26. Rg5!! 
Ancaman terhadap Queen hitam dengan gerakan Rh5 tidak dapat dielakkan. Queen hitam ketiadaan ruang untuk melarikan diri. Sekiranya 26...Qxg5 27.Qxg5! Perhatikan juga pin yang cukup berbisa daripada Bishop di petak c3 yang berada di situ sejak dari awal permainan lagi. Ruang untuk King hitam bergerak juga amat terhad dan ancaman untuk mate juga sudah jelas kelihatan.
1-0

No comments:

Post a Comment