Sunday, March 27, 2016

Endgame Rules by Grivas

Pada fasa endgame, Efstratios Grivas, salah seorang jurulatih catur FIDE yang terkenal telah memberikan satu panduan umum yang berguna untuk dipraktikkan:

1 weakness = advantage
2 weaknesses = significant advantage
3 weaknesses = winning advantage

Berikut ialah contoh yang digunakan oleh Grivas untuk mengaplikasi panduan di atas:

Hitam akan bergerak


Dalam kedudukan di atas, Hitam memiliki beberapa kelemahan iaitu:

1) Pawn d5 yang isolated dan perlu dipertahankan oleh King / Bishop.
2) Pawn g7 yang backward dan menjadi sasaran serangan Knight putih dan tidak boleh dilindungi oleh Bishop. Hanya King sahaja yang boleh melindunginya.
3) Pawn b5 yang berada pada warna yang sama dengan Bishopnya dan seterusnya menghadkan pergerakan Bishop itu.

Justeru, berdasarkan panduan oleh Grivas, Putih sepatutnya memiliki kelebihan yang boleh membawa kemenangan! 3 Weaknesses is a winning advantage...

Jadi, bagaimanakah permainan di atas bersambung?

1...Kd6-c6
Hitam bermain: 1...Kc6.
Bishop hitam menghadapi masalah untuk bergerak. Sekiranya hitam bermain 1...Be8 2.Ne6! menyerang pawn g7. Sekiranya 1...Bg8 2.Nh5 menyerang pawn g7.

Putih telah membalas dengan: 2.Ne6! 
menyerang pawn g7. Pawn ini telah dijadikan sasaran serangan putih kerana King Hitam berada jauh untuk melindunginya.

Hitam bermain: 2...Bxe6 3.fxe6 Kd6 
untuk menghalang pawn putih daripada menjadi Queen.

Apakah gerakan terbaik putih dalam posisi ini?
3...Kc6-d6
Putih bermain: 
4.e7! Kxe7 
5.Kxd5


Selepas 5.Kd4xd5
Sekarang, putih memiliki kelebihan yang boleh membawa kemenangan, kerana kedudukan King dan Pawn putih. King putih boleh memulakan operasi untuk mendapatkan passed pawn di sebelah Queenside dan hitam tidak boleh menghalangnya. Sementara di sebelah Kingside, Pawn hitam menghadapi masalah untuk melepasi pawn putih yang berada pada kedudukan yang strategik. 

White is winning!!

No comments:

Post a Comment