Sunday, May 1, 2016

Pertembungan juara dunia: Carlsen vs Kramnik, Norway 2016

Banner Kejohanan Catur Altibox Norway 2016

GM Magnus Carlsen berjaya memenangi kejohanan Altibox Norway Chess 2016 selepas menewaskan GM Pavel Eljanov dalam pusingan akhir sementara saingan terdekatnya iaitu GM Levon Aronian hanya mampu seri dengan GM Pentala Harikrishna.

Source: www.chessbase.com
Dalam kejohanan yang menampilkan ramai Super GM, Magnus Carlsen telah berjaya menewaskan Vladimir Kramnik pada pusingan ketujuh. Dalam pusingan ini, Carlsen dan Kramnik telah bermain Queens Gambit Declined dan kelemahan petak f5 telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh Carlsen. Perhatikan bagaimanakah Carlsen melakukannya:


GM Magnus Carlsen - GM Vladimir Kramnik, Altibox Norway Chess 2016, 27 April 2016, D35.

1. d4 d5 2. c4 e6 3. Nc3 Nf6 4. cxd5 exd5 (Queens Gambit Declined, Exchange Variation) 


Selepas 4...exd5
5. Bg5 c6 6. e3 Bf5 
(Antara gerakan lain yang boleh dipilih ialah 6...Be7 ataupun 6...Nbd7)

7. Qf3 Bg6 8. Bxf6 Qxf6 9. Qxf6 gxf6 

Selepas 9...gxf6

Queen telah ditukar seawal gerakan ke-9. Permainan akan lebih menjurus ke arah fasa endgame. Struktur pawn putih lebih baik berbanding struktur pawn hitam yang mengandungi 3 pawn islands. Pawn f7 dan f6 adalah lemah kerana saling bertindih. Meskipun demikian, ketiadaan queen dalam permainan berjaya mengurangkan tugas hitam untuk mempertahankan kedudukan ini. Disamping itu, hitam juga memiliki sepasang bishop berbanding putih.

10. Nf3 Nd7 11. Nh4 Be7 12. Ne2 

Selepas 12. Nc3-e2
Kebiasaannya permainan akan bersambung dengan 12.g3. Pada permainan ini, Carlsen memperkenal ideanya untuk terus mengambil peluang terhadap kelemahan petak f5 dengan membawa Knight melalui petak Nc3-e2-g3-f5. 

12... Nb6 13. Ng3 Bb4+ 14. Kd1 Na4 
Serangan hitam telah membuatkan putih tidak boleh castling. Walau bagaimanapun, castling bukanlah sesuatu yang wajib dilakukan dalam kedudukan di atas kerana ia sudah menghampiri fasa ending. Hitam mengancam pawn b2 dengan Knight a4. 

15. Ngf5! Kd7 

15...Ke8-d7
Putih telah berjaya mencapai objektif untuk membawa Knight ke petak f5. Knight f5 telah mengancam beberapa petak yang penting di kawasan kingside hitam. Knight itu juga menjadikan Bishop g6 tidak bermaya kerana tidak mempunyai skop gerakan yang luas. 

Hitam tidak bermain 15...Nxb2+ kerana 16. Kc2 Na4 dan 17. Kb3 menyerang Knight a4 dan Bishop b4 serentak!

16. Rb1 Ke6 17. Bd3 Rhc8 18. Ke2 Bf8 19. g4! 

Selepas 19. g2-g4
Perhatikan kedudukan di atas. Kesemua minor pieces putih tertumpu kepada petak f5. Bishop g6 tidak boleh memberi apa-apa ancaman sementara Bishop f8 terpaksa berundur untuk melindungi petak g7. Knight a4 hitam berada di luar kawasan permainan dan tidak membantu apa-apa.


19...c5 (Hitam cuba membuka ruang serangan di bahagian Queenside.)
20. Ng2! (mengambil peluang atas kelemahan petak f4) 20...cxd4 (Sekiranya 20... c4 21. Nf4+ Kd7 22. Bc2 Nb6 23. h4 h6 24. Nxg6 fxg6 25. Ng3) 
21. exd4! (Mengancam untuk bermain 22.Nf4+ Kd7 23. Bb5+ fork King d7 dan Knight a4)
21... Bd6 (Melindungi petak f4) 
22. h4 h5 

Selepas 22.h7-h5

Putih memanfaatkan ketiadaan Bishop f8 yang melindungi petak g7. Putih telah bermain:

23. Ng7+ Ke7 24. gxh5 Bxd3+ 25. Kxd3 Kd7 
26. Ne3 

Selepas 26. Ng2-e3
Putih telah berjaya mencipta passed pawn di h-file. Knight sekali lagi dibawa ke petak e3 untuk memanfaatkan kelemahan petak f5 ataupun menyerang pawn f6 melalui petak g4.

26...Nb6 27. Ng4 Rh8 28. Rhe1 Be7 29. Nf5! 

Selepas 29.Ng7-f5
Putih menggunakan petak f5 sepenuhnya untuk menyerang kedudukan Bishop e7. Bishop yang bertugas untuk melindungi pawn f6 terpaksa berundur ke petak d8 dan seterusnya memutuskan hubungan 2 rook di petak h8 dan a8. Putih secara perlahan-lahan akan menolak pawn h-file untuk menjadi queen.

30...Bd8 30. h6 Rc8 31. b3 (melindungi petak c4 dan a4) 
31...Rc6 (menjaga pawn f6) 32. Nge3 Bc7 

Selepas 32.Bd8-c7

Putih sudahpun menguasai petak f5 dan memiliki passed pawn di h6. Bagaimanakah putih meneruskan permainan ini? Putih telah bermain:

33. Rbc1! (memaksa hitam menukar rook) 33...Rxc1 34. Rxc1 Bf4 

Selepas 34...Bc7-f4
Hitam cuba mengaktifkan Bishopnya dengan mengancam pawn h6 dan pin Knight e3. Putih perlu mengambil peluang untuk mengaktifkan rooknya melalui c-file. Putih telah bermain:

35. Rc5! Ke6  
King hitam perlu menjaga pawn d5. Sekiranya hitam bermain 35... Bxh6 36. Nxd5 Nxd5 37. Rxd5+; putih memiliki 2 passed pawn iaitu h4 dan d4!) 

36. Ng7+ Kd6 37. Ng4! Nd7 

37...Nb6-d7
Kuda putih amat aktif dan sukar disekat. Hitam dipaksa untuk melindungi pawn f6 dengan Knight. Sekiranya hitam bermain 37...Bxh6, putih akan membalas dengan 38. Nxh6 Rxh6 39. Nf5+! fork King d6 dan Rook h6.
Dalam kedudukan di atas, putih perlu mengubah kedudukan Rook. Dimanakah petak yang sesuai untuk Rook?

38. Rc2 f5 (memberikan pawn percuma untuk memperbaiki kedudukan King) 39. Nxf5+ Ke6 40. Ng7+ Kd6 (King masih tidak bebas bergerak ke arah Kingside) 

41. Re2! 

Selepas 41.Rc2-e2
Rook e2 menghalang King hitam daripada membantu Kingside. Perancangan putih adalah mudah. Putih akan memaksa Rook hitam untuk bertukar dengan rook putih di petak e8. Putih akan terus menggunakan passed pawn di h-file untuk memberi tekanan kepada hitam. 

41...Kc6 42. Re8 Rxe8 43. Nxe8 Nf8 

43...Nd7-f8
Knight hitam dipaksa untuk menjadi petak h7. Putih mengancam untuk menolak passed pawn menjadi Queen. Hitam hanya ada Knight untuk menjaga petak h7 dan Bishop untuk menjaga petak h8. Permainan putih menjadi lebih mudah iaitu kedua-dua pieces ini hendaklah dimatikan supaya pawn h6 boleh menjadi Queen. King hitam berada pada kedudukan yang agak jauh dari pawn h6 dan sukar untuk menghalang kemaraan pawn itu.

44. Ne5+ Bxe5 45. dxe5 Kd7 46. Nf6+ Ke6 47. h5! 

Selepas 47. h4-h5
Dalam kedudukan di atas, hanya tinggal Knight f8 sahaja yang menjaga petak h7. King hitam mara sedang menyerang pawn e5. Putih pula dengan sengaja telah menggerakkan pawn h4-h5. Putih sebenarnya boleh terus bermain 47.h7 Ng6 48. h5 Nh8 49. Kd4.

Adakah putih telah melakukan kesilapan?

47... Kxe5 48. Nd7+! (mengorbankan Knight) Nxd7 49. h7 (pawn ini tidak boleh dihalang!) Nc5+ 50. Ke2 1-0

Selepas 50.Kd3-e2

No comments:

Post a Comment