Saturday, July 8, 2017

NEW FIDE LAWS OF CHESS: BERKUATKUASA 1 JULAI 2017


Pada 1 Julai 2017, undang-undang catur FIDE yang baru telah dikuatkuasakan. Undang-undang yang baru ini ialah penambahbaikan daripada undang-undang FIDE yang lama. Berbanding dengan undang-undang catur FIDE yang lama, beberapa perubahan kecil telah berlaku. Menurut laman web FIDE, berikut ialah penafsiran terhadap beberapa peraturan yang mengalami perubahan, antaranya adalah seperti berikut:

1) Peraturan berkaitan illegal move melibatkan 4 artikel, iaitu artikel berkaitan illegal move yang berlaku selepas menekan jam, illegal move yang berlaku semasa pawn promotion, penggunaan kedua-dua belah tangan dan menekan jam tanpa melakukan apa-apa gerakan:

Artikel 7.5.1: "An illegal move is completed once the player has pressed his clock. If during a game it is found that an illegal move has been completed, the position immediately before the irregularity shall be reinstated...."

Artikel ini menyentuh tentang kesalahan illegal move yang dianggap berlaku hanya SELEPAS pemain tersebut menekan jamnya. Selagi pemain itu belum menekan jamnya, dia masih boleh menggerakkan piece tersebut ke petak yang betul untuk menjadikannya legal move, dengan merujuk kepada artikel 4.3 dan 4.7 (The act of moving pieces).

Artikel 7.5.2: "If the player has moved a pawn to the furthest distant rank, pressed the clock, but not replaced the pawn with a new piece, the move is illegal. The pawn shall be replaced by a queen of the same colour as the pawn."

Artikel ini menyentuh tentang illegal move yang berlaku ketika melakukan pawn promotion, iaitu pemain yang menolak pawn ke baris ke lapan untuk promotion, tetapi terus menekan jamnya TANPA menukar pawn itu kepada piece yang sama warna. Ia dianggap illegal move dan pawn itu hendaklah ditukar kepada Queen yang sama warna.

Artikel 7.7.1: "If a player uses two hands to make a single move (in case of castling, capturing or promotion), it shall be considered as an illegal move."

Artikel ini menyentuh tentang pemain yang menggunakan kedua-dua belah tangan untuk melakukan gerakan, terutamanya semasa castling, memakan piece lawan dan pawn promotion. Ia dianggap sebagai melakukan kesalahan 1 illegal move. Artikel ini tidak memasukkan kesalahan pemain yang menggerakkan piece dan menekan jam dengan 2 tangan yang berbeza kerana ia tidak dianggap sebagai illegal move. Kesalahan menggerakkan piece dan menekan jam dengan tangan yang berlainan diletakkan dalam artikel 6.2.3.


Artikel 7.8.1: "If the player presses the clock without making a move, it shall be considered as an illegal move."

Artikel ini berkaitan dengan pemain yang menekan jam TANPA melakukan apa-apa gerakan. Pemain ini dianggap telah melakukan illegal move kerana menekan jam tanpa menggerakkan apa-apa piece/pawn.

2) Dalam permainan catur yang menggunakan kawalan masa standard, pemain yang melakukan 2 illegal moves dari mana-mana kesalahan di atas dianggap telah kalah. Tetapi, sekiranya lawan tidak boleh melakukan checkmate, maka permainan itu akan dianggap sebagai seri (Rujuk Artikel 7.5.3).

3) Sekiranya pemain melakukan 2 illegal moves serentak dalam 1 gerakan dan telah menekan jam, contohnya: illegal castling menggunakan 2 tangan, illegal promotion menggunakan 2 tangan, atau illegal capturing menggunakan 2 tangan, pemain itu dianggap telah melakukan 1 kesalahan illegal move sahaja dan bukannya 2. Dengan kata lain, sekiranya ini merupakan kesalahan kali pertama, dia masih lagi boleh diberikan peluang untuk meneruskan permain dalam kawalan masa standard selepas diambil tindakan untuk kesalahan kali pertama (Rujuk artikel 7.5.3). Ini kerana, 2 illegal moves serentak dalam 1 gerakan dianggap sebagai hanya 1 illegal move sahaja.

4) Gerakan makan King (capturing King) dianggap sebagai satu illegal move. Pemain tidak boleh makan (captureKing, kerana pemain hanya dibenarkan untuk check/checkmate King sahaja.

5) Dalam permainan menggunakan kawalan masa Rapid atau Blitz, arbiter mestilah mengisytiharkan masa tamat, sekiranya arbiter dapat melihat masa pemain itu telah tamat.

6) Sekiranya masa kedua-dua pemain telah tamat, dan pemain menggunakan jam elektronik, arbiter berkemungkinan boleh menentukan masa pemain manakah yang telah tamat terlebih dahulu berdasarkan tanda yang ada pada sesetengah jam elektronik. Pemain yang masanya telah terlebih dahulu tamat akan diisytiharkan kalah. 

Bagi permainan yang tidak memiliki masa increment yang menggunakan jam mekanikal (bukan elektronik) dan fasa permainan yang perlu dihabiskan kesemua gerakannya (Quickplay Finishes), artikel III.3.1 perlu dirujuk: "If both flags have fallen and it is impossible to establish which flag fell first then:
III.3.1.2 the game is drawn if this occurs in the period of a game in which all remaining moves must be completed.

7) Apabila kedua-dua pemain bermain dengan warna yang salah (reversed colour), dan didapati keputusan permainan telah dicapai SEBELUM 10 gerakan (contohnya: checkmate, stalemate, resign, draw agreement), keputusannya adalah sah dan dikekalkan. Pemain tidak perlu bermain semula dengan menggunakan warna yang betul kerana permainan telah pun tamat.

Berdasarkan artikel 7.3: If a game has started with colours reversed then, if less than 10 moves have been made by both players, it shall be discontinued and a new game played with the correct colours. After 10 moves or more, the game shall continue.

Pemain / arbiter berhak untuk memberhentikan permainan apabila didapati kedua-dua pemain telah bermain dengan warna yang salah, dengan syarat bahawa pemain itu BELUM mencapai gerakan ke-10, dan permainan itu masih lagi belum tamat (checkmate, stalemate, resign, draw agreement). Sekiranya sudah mencapai 10 gerakan atau lebih, permainan itu akan diteruskan meskipun kedua-dua pemain telah tertukar warna.

8) Pemain yang menekan jam tanpa melakukan apa-apa gerakan dianggap telah melakukan illegal move dan akan dihukum berdasarkan artikel 7.5.3 dan bukannya artikel 12.9.

9) Sekiranya pemain melakukan gerakan dengan sebelah tangan dan menekan jam dengan tangannya yang lain, ia TIDAK dianggap sebagai illegal move (lihat artikel 6.2.3 & 6.2.4) dan dihukum berdasarkan artikel 12.9. 

10) Dalam permainan Rapid dan Blitz, sekiranya pemain meminta untuk melihat scoresheet daripada arbiter, jam pemain TIDAK akan dihentikan. Hanya pemain yang gilirannya sedang bergerak sahaja boleh meminta untuk melihat scoresheet tersebut. Pemain dibenarkan sebanyak maksimum 5 kali sahaja untuk memohon melihat scoresheet ini. Undang-undang ini terpakai dalam permainan Rapid dan Blitz yang memiliki arbiter yang mencukupi (enough supervision) iaitu bagi kategori Rapid, 1 arbiter untuk 3 permainan dan bagi kategori Blitz, 1 arbiter untuk 1 permainan.

Perkara ini ada kaitan dengan artikel A.3.2 (Rapid) dan artikel B.3.2 (Blitz) yang membenarkan pemain untuk meminta arbiter menunjukkan scoresheet kepadanya untuk tujuan claim draw dan sebagainya.

Artikel A.3.2: The player may at any time, when it is his move, ask the arbiter or his assistant to show him the scoresheet. This may be requested a maximum of five times in a game. More requests shall be considered as a distraction of the opponent.

Artikel B.3.2: The player may at any time, when it is his move, ask the arbiter or his assistant to show him the scoresheet. This may be requested a maximum of five times in a game. More requests shall be considered as a distraction of the opponent.

Undang-undang baru ini tidak banyak berbeza dengan undang-undang yang lama. Hanya terdapat sedikit perbezaan berkaitan illegal moves, iaitu ditambah illegal moves menggunakan 2 tangan, pawn promotion dan menekan jam tanpa menggerakkan piece. Secara keseluruhannya, undang-undang baru ini telah banyak menjelaskan beberapa frasa yang agak kabur dalam artikel yang lama. Terdapat penambahbaikan juga tentang peranan arbiter yang lebih terperinci dalam artikel 12.2.

Diharapkan semua pemain dan arbiter dapat memahami peraturan FIDE yang terkini. Peraturan ini boleh download dalam format pdf daripada website FIDE di sini. Pemain juga boleh merujuknya di laman web FIDE: http://rules.fide.com/.

Selamat membaca!

1 comment: