Monday, January 30, 2017

TATA STEEL CHESS 2017: GM Nepo vs GM Wesley

GM Wesley So (http://www.tatasteelchess.com/)

Tata Steel Chess 2017 yang berlangsung dari 13 hingga 29 Januari 2017 telah menampilkan 14 orang GM termasuklah World Champion, GM Magnus Carlsen dan pencabarnya baru-baru ini iaitu GM Sergey Karjakin bagi kategori Masters . Pemain yang berjaya menjuarai kategori ini ialah GM Wesley So, pemain yang berasal dari Filipina yang kini menetap di US. Daripada 13 permainan, GM Wesley So berjaya menewaskan 5 pencabar dan seri dengan 8 pemain lain, dan berjaya mengumpul 9 mata.

Memasuki pusingan terakhir iaitu pusingan ke-13, GM Wesley So mendahului dengan mendapat 8 mata dan diekori rapat dengan 7.5 mata oleh GMs Magnus Carlsen, Levon Aronian dan Wei Yi. Dalam pusingan terakhir, GM Magnus Carlsen bertemu pencabarnya iaitu GM Sergey Karjakin, GM Aronian vs GM Andreikin sementara GM Wei Yi bertemu GM Wojtaszek.

Berikut ialah permainan antara GM Ian Nepomniachtchi bertemu GM Wesley So dalam pusingan terakhir. Wesley So berjaya menumpaskan GM Nepo dengan penuh bergaya setelah GM Nepo melakukan kesilapan kerana melancarkan serangan pra-matang terhadap kubu GM Wesley.

GM Nepomniachtchi (Source: http://www.tatasteelchess.com/)


GM Ian Nepomniachtchi (2767) - GM Wesley (2808), TATA STEEL 2017, round 13.

1. d4 Nf6 2. Bg5! Trompowsky Attack! Putih mengancam untuk makan Bxf6, menjadikan pawn hitam double di petak f7 & f6. Nama Trompowsky adalah sempena nama pemain dari Brazil yang mempopularkannya, iaitu Octavio Trompowsky, dan bukannya Trumpowsky (sempena presiden US, Donald Trump!).

2... d5 Variasi yang popular ialah 2...Ne4. Hitam juga boleh memilih 2...e6.

3. Nd2 

Selepas 3.Nb1-d2

Nepo cuba mengejutkan Wesley dengan sistem 3. Nd2 yang jarang digunakan di peringkat tertinggi. Kebiasaannya putih akan bermain 3. Nc3 untuk mengawal pawn centre. Putih juga boleh bermain 3. Bxf6 exf6, tetapi masih terlalu awal untuk menukar Bishop dengan Knight tanpa sebarang kelebihan yang jelas. Antara variasi lain ialah putih boleh memilih 3. e3, yang boleh diubah menjadi opening yang lain seperti Queen's Gambit.

3...c5! hitam mengambil peluang untuk menyerang centre kerana tidak dikawal oleh Queen putih.

4. dxc5 antara pilihan putih yang lain ialah bermain 4. e3, untuk mempertahankan kedudukan pawn di d4. Hitam akan membalas dengan 4...Nc6, menyerang d4 etc. e.g If 5.dxc5 e5 6.Nb3 Bxc5 7.Nxc5 8.Qa5+ c3 9.Qxc5

4...e6 Mengancam untuk makan pawn ...Bxc5
5. e4 Putih menyerang semula petak tengah

Selepas 5.e2-e4