Saturday, March 3, 2018

FIDE Laws of Chess: Updated version 1 January 2018

Selamat Tahun Baru Cina!! KLK Muhibah Open House, Ipoh 2018. Dari kiri: Madam Yap Miow Kien, penulis, IA Abdul Hamid Majid, NM Chan Swee Loon dan Dr Yee Meng Kheong.


Dalam FIDE Laws of Chess yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2018, terdapat beberapa perubahan kecil yang telah berlaku. Kebanyakannya hanyalah melibatkan penyusunan semula beberapa bahagian undang-undang yang kelihatan berulang. Antaranya ialah seperti berikut:

1) Artikel yang menyentuh undang-undang berkaitan "illegal move" telah diletakkan kesemuanya di bawah artikel 7.5. Ia dilakukan untuk memudahkan arbiter merujuk keseluruhan bentuk-bentuk kesalahan yang diletakkan di bawah "illegal move". Artikel 7.5.1 ialah tindakan yang perlu dilakukan selepas pemain melakukan gerakan "illegal move" dan kemudian menekan jamnya. Artikel 7.5.2 ialah berkaitan "illegal move" yang berlaku ketika pawn tiba di rank yang terakhir. Artikel 7.5.3 ialah berkaitan pemain yang menekan jam tanpa menggerakkan piece. Ia dianggap sebagai kesalahan "illegal move". Artikel 7.5.4 pula menerangkan tentang kesalahan menggerakkan pieces dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Artikel 7.5.5 ialah berkaitan hukuman terhadap pemain yang melakukan gerakan "illegal move". 

Dalam undang-undang versi lama, pemain yang menggerakkan pieces dengan kedua-dua belah tangan dan menekan jam tanpa menggerakkan pieces telah diletakkan dalam artikel yang berasingan (Artikel 7.7 dan 7.8). FIDe Laws yang terkini telah memasukkan artikel 7.7 dan 7.8 di bawah artikel 7.5.


2) Perubahan dalam artikel 7.5.1 - 7.5.5 telah menyebabkan apendiks berkaitan Undang-undang Rapid turut berubah, iaitu Apendiks A.4.2. Dalam undang-undang versi lama, ia hanya menyentuh kesalahan berkaitan "illegal move", tetapi dalam versi yang baru telah memasukkan sekali kesalahan yang tidak berkaitan dengan "illegal move" secara langsung iaitu keseluruhan artikel 7.5.1, 7.5.2, 7.5.3. dan 7.5.4.

Kesimpulannya, tiada perubahan besar yang berlaku terhadap FIDE Laws of Chess versi 1 Januari 2018. Untuk kemudahan arbiter, bentuk-bentuk kesalahan "illegal move" boleh terus dirujuk di bawah artikel 7.5.

Undang-undang baru ini boleh dibaca di sini.

No comments:

Post a Comment